07 January 2013

AJL 27 - 'TERUKIR DI BINTANG' BOLOT RM35,000


Meskipun tanpa kehadiran Yunalis Zarai (Yuna), lagunya yang berjudul Terukir Di Bintang tetap memenangi Anugerah Juara Lagu ke-27 semalam.

Aizat Amdan yang menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu itu telah melakukan tugasnya dengan cemerlang sekaligus mengalahkan pesaingnya seperti (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari) dan beberapa lagu lain.

33 gambar karpet unggu selepas ini...




Dengan kemenangan tersebut, Terukir Di Bintang berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Sementara bagi naib juara yang dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.



Berikut adalah keputusan penuh AJL27:

1. Juara – Terukir Di Bintang (Yuna)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)


33 GAMBAR KARPET UNGGU AJL 27
Klik untuk imej besar...



































































No comments: