02 January 2013

AJL27 TV3 - YUNA UNDUR DIRI


Nampaknya, komitmen untuk proses rakaman album di Los Angeles, Amerika Syarikat lebih penting berbanding beraksi pada kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27). Oleh yang demikian, Yunalis Zarai atau Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini demi albumnya.

Dan keputusan untuk menarik diri itu telah diberitahu oleh Nor Zaina Wardah (Wawa) demi kebaikan semua pihak. Meskipun keputusan dibuat disaat akhir, namun ia lebih baik disuarakan sekarang daripada menghampakan jutaan penonton yang mengharap nanti.




"Bukan sengaja Yuna mahu menghampakan peminat. Tetapi dia sekarang ini masih dalam proses rakaman album terbaru.

"Kebetulan sekarang Yuna tidak lagi bernaung di bawah Fader Label dan telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman utama di Los Angeles, jadi dia terikat dengan komitmen yang bertembung dengan AJL27," katanya kepada media.

“Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak TV3.

Apa-apa pun, esok, penyanyi gantian akan dibuat dan dipilih berdasarkan kepada kesesuaian vokal penyanyi.” ujar Wawa yang merahsiakan syarikat rakaman yang disertai Yuna itu.

No comments: