04 February 2013

FIZO AKUI SUDAH PUNYA KEKASIH


Akhirnya, pelakon Fizo Omar mengakui berkawan rapat dengan Haas Jaafar, 25, iaitu wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Menurut Fizo, 28, mereka berdua baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa setelah berkenalan selama beberapa tahun.




"Saya kalau boleh tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan cinta ini tetapi saya mengaku memang sekarang saya sedang bercinta dengan Haas.

"Bagaimanapun hubungan ini masih lagi diperingkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing," jelasnya ketika ditemui media pada majlis sambutan ulang tahun ke 52 Datuk Shah Rezza di Kuala Lumpur semalam.

Apa yang menarik, Fizo telah hadir ke majlis tersebut bersama Haas Jaafar dengan berpakaian sedondon (putih).

"Buat masa ini terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya selesa dengan Haas yang cukup sekepala dengan saya. Soal jodoh saya letakkan kepada takdir," ujarnya.

Sementara bagi kekasih Fizo pula, katanya sifat Fizo yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan sikap tanggungjawabnya telah menambat hatinya. Untuk maklumat, Hass masih menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan.

"Sebelum ini apabila timbul apa-apa perkara mellibatkannya, dia akan terangkan kepada saya situasi sebenar dan saya pula jenis yang tidak kisah dan faham kerjayanya sebagai pelakon," jelasnya.

No comments: