13 March 2013

”SABARLAH HATI” BUAH TANGAN TERBARU ELLY MAZLEIN


Elly Mazlein merupakan artis yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air.

Pelancaran album sulung yang berjudul “Sutera Kasih” pada tahun 1997 merupakan titik tolak bermulanya perjalanan karier seni Elly Mazlein sebagai seorang artis.

Klik untuk imej besar...



Pernah merakamkan 4 buah album solo dan muncul dengan beberapa single hit seperti “Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan”, “Janji Kekasih” dan “Bungaku Bakawali” berjaya meledakkan nama Elly Mazlein pada tahap yang tersendiri di dalam industri seni tanah air.

Tahun 2013 adalah satu permulaan baru dan bermakna buat Elly Mazlein apabila sekali lagi tampil dengan single terbaru berjudul “Sabarlah Hati”. (Kali terakhir muncul bersama single berjudul “Atas Nama Cinta” pada tahun 2005)



Beliau turut memberi sepenuh kepercayaan kepada KRU Music (syarikat rakaman gergasi di dalam industri muzik tanah air) untuk merancang strategi permasaran dan promosi.

“Sabarlah Hati” merupakan sebuah single berkonsepkan balada yang mendapat sentuhan berbisa Manusia Putih (komposer dan penulis lirik terkenal tanah air).

Merasa selesa dengan cinta yang ada bukan jaminan untuk sekali lagi terluka, namun harapan untuk menemui cinta sejati tidak akan berakhir. Berbekalkan lirik yang mendalam dan irama yang menyentuh hati, segala yang tersirat berjaya diekspresikan di dalam “Sabarlah Hati”.

“Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music”, ujar Elly Mazlein.

KRU Music yakin kemunculan Elly Mazlein menerusi “Sabarlah Hati” mampu mengangkat karier seni beliau ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus menarik minat segenap penggemar muzik balada tanah air.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook ELLY Mazlein di https://www.facebook.com/pages/ELLYMazlein/, You Tube Sabarlah Hati di, http://www.youtube.com/watch?v=Mk2p-cys8ZA. serta layari iTune dan langgani single “Sabarlah Hati”.


Sumber: Faris Ramli (KRU Muzik)

No comments: