08 April 2013

ABPBH 2012 - SHAHEIZY SAM MENANG BERGAYA


Debaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) akhirnya terlerai apabila pelakon Shaheizy Sam dipilih mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656 undi sebagai Bintang Paling Popular.

Selain itu, Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular semalam dalam acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, apabila berpindah dari lokasi terdahulu iaitu Genting highland.




Dengan Kemenangan tersebut, Shahiezy mendapat hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000. Untuk info, ini adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah serupa pada tahun 2010.




BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2012:

Bintang Paling Popular 
Shaheizy Sam

Artis Baru Lelaki Popular
Aiman Hakim Ridza

Artis Baru Wanita Popular
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black dan Malique

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular
Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular
Nabila Huda

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

No comments: