05 April 2013

AERIL ZAFREL AKUI PERNAH SEPARUH 'BOGEL'


Meskipun kecewa, namun ia tidak menjejaskan diri dan maruah, demikian kata pelakon Aeril Zafrel, 25, mengenai gambar-gambar tidak berbajunya yang tersebar. Gambar tersebut telah disebarkan di sebuah blog oleh individu tidak bertanggungjawab tanpa diketahui niatnya.

"Gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakan saya beberapa tahun lalu termasuklah ketika saya belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik. Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah," luahnya.




"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.

"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya kepada media.



Sehubungan itu, pelakon tersebut berharap agar penyebar foto itu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Untuk info, sejak Aeril mengakui sudah berhijrah ke arah yang lebih baik, ada sahaja pihak yang cuba memfitnahnya dengan pelbagai cara.

"Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul nanti.

"Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau apa sekalipun orang ingin memburukkan saya.

"Mungkin apa yang telah berlaku itu Allah mahu tunjukkan hikmahnya,' ujar Aeril yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem 'Mungkin Itu Kasihmu' yang bakal disiarkan di RTM dan 'Hafiz Tahfiz' menerusi TV AlHijrah.

No comments: