04 April 2013

ANZALNA TOLAK GODAAN VIP DEMI CINTA


"Saya berkawan dengan lelaki lain hanya atas dasar kerja dan tidak berniat untuk mendekati mereka," demikian luah pelakon Anzalna Nasir, 22, yang mendakwa terdapat beberapa orang lelaki kaya dan golongan kenamaan cuba mendekatinya.

Bagaimanapun, Anzalna, turut mendakwa yang beliau sebenarnya tidak pernah memberi peluang kepada individu tersebut yang berniat mahu menggoda. Itu semua dilakukannya adalah untuk menjaga hubungan cintanya dengan Hanif Zaki sejak 15 tahun lalu.

Klik untuk imej besar...



"Kalau mereka bertujuan hanya untuk mengenali saya kerana ada agenda lain saya akan tolak mentah-mentah," katanya kepada media.

"Selain itu, saya juga akan berpegang teguh dengan matlamat saya apabila bergelar artis iaitu untuk mencari rezeki semata-mata.

"Sejak memasuki industri ini saya sentiasa menjaga batas hubungan dengan lelaki lain kerana saya dengan Hanif sudah merancang untuk berkahwin pada tahun depan. Cuma tarikhnya sahaja belum ditetapkan.



"Keluarga pihak lelaki juga ada merancang untuk masuk merisik namun masih belum ada masa yang sesuai lagi," katanya dengan nada serius.

Menjawap soalan lain, jelas pelakon itu dia sememangnya sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan selepas berkahwin nanti. Antara kemungkinan itu ialah populariti terjejas atau tidak lagi popular setelah bergelar isteri.

"Semua perempuan ingin berkahwin dan ia perkara baik, saya tidak kisah populariti menurun yang penting semua rezeki adalah datang daripada Yang Masa Esa," ujarnya.

No comments: