15 April 2013

DAZRIN NAFI PENTING DIRI & SOMBONG


Benarkah pelakon Dazrin Kamarudin, 25, mementingkan diri, berlagak dan sombong hingga rakannya rakannya Hairul Azreen berkecil hati? Ikhlasnya, ia memang berita yang agak mengejutkan tambah-tambah mereka merupakan pasangan ideal dalam program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan ini kepada Dazrin sendiri, beliau menafikan yang berlakunya masalah tersebut. Katanya, semua itu tidak benar dan ia diluar pengetahuannya dan hanya mengetahui perkara tersebut melalui Hairul sendiri.




"Tak mungkinlah kami bermasam muka sedangkan saya dan Hairul sering lepak bersama jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni," katanya kepada media semalam.

Untuk info, dalam laporan sebuah akhbar mingguan, mereka berdua dilaporkan bermasam muka gara-gara kelakuan Dazrin yang terlalu mementingkan diri.



Akibatnya, Hairul dikatakan meluat dengan karenah Dazrin yang agak sombong dan sekaligus cuba mengelak diri daripadanya.

"Saya berharap menerusi penjelasan yang diberikan, tiada pihak yang akan mempersoalkan lagi mengenai gosip tersebut.

"Sebenarnya saya berada di Ketereh, Kelantan bagi menjalani penggambaran drama Syurga Di Wajahmu untuk TV1 dan rangkaian perkhidmatan telefon saya kurang jelas.

"Jadi apabila ramai yang menghubungi saya bertanyakan tentang isu ini, geram pula jadinya," ujar Dazrin.

No comments: