25 April 2013

NORA DANISH KINI DUTA JENAMA FRUITALE


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Demikianlah halnya dengan Pelakon, model dan hos televisyen, Nora Danish yang kini telah dilantik sebagai Duta Jenama Pertama Fruitale.

"Kami berbesar hati mengumumkan Nora Danish sebagai duta jenama kami. Personaliti beliau yang mesra, ceria dan penuh keremajaan sesuai dengan imej Fruitale yang cantik dan muda remaja.

Klik untuk imej besar...



Imej positif beliau sebagai seorang wanita muda yang berbakat, boleh berdikari dan bersemangat kuat dengan kerjaya yang semakin meningkat dan mempunyai ramai peminat di platform media sosial menjadikan beliau sebagai idola sanjungan yang boleh dicontohi oleh pengguna Fruitale," ujar Pengurus Besar Produk Penjagaan Rumah & Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Francis Ng.

"Saya sukakan aroma epal hijau yang segar. Krim mandian Refresh Fruitale seolah-olah menyanyi kepada saya. Wangiannya begitu indah dan memberikan saya sentakan kebahagiaan di pagi hari. Ia adalah krim mandian kegemaran saya," kata Nora Danish pula.

"Saya mempunyai kulit yang sangat kusam dan kebanyakan sabun dan krim mandian memburukkan lagi masalah tersebut. Saya memilih Fruitale Whitens kerana saya sukakan aroma semulajadi gabungan avokado, durian Belanda dan buah naga dan saya inginkan kulit yang lebih berseri. Selepas menggunakannya buat kali pertama, saya terkejut bagaimana ia meningkatkan seri kulit saya,” Tambahnya.

No comments: