29 April 2013

SYAMSUL DAN SARAH MEMANG BERCINTA - AMMAR ALFIAN


Kalau tiada angin masakan pohon boleh bergoyang... kata pepatah ini mungkin tepat untuk menggambarkan gosip yang melanda pengarah filem Syamsul Yusof. Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu kini didakwa sedang hangat bercinta dengan bekas kekasih pelakon dan model Ammar Alfian Aziz, 26, iaitu Puteri Sarah, 28.

Untuk info, semua rahsia tersebut telah didedahkan sendiri oleh Ammar, yang mendakwa berasa pelik kenapa bekas kekasihnya itu merahsiakan hubungan cinta tersebut. Lebih memelikkan katanya, Sarah juga mendakwa dirinya masih solo sedangkan Sarah dan Syamsul sudah bercinta sejak Oktober 2012.

Tinggal kenangan - klik untuk imej besar...



"Mereka mula akrab sejak Oktober tahun lalu dan kami putus pada Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.

"Tanyalah Datuk Yusof Haslam tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.

"Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila Puteri Sarah sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?" Kata Ammar pada media semalam.

Cinta baru...


Pendedahan Ammar itu gara-gara dakwaan Puteri Sarah dalam sebuah akhbar mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.

"Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya.

"Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.

"Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya.

“Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya," ujar Ammar seolah memulang 'paku buah keras'.

Bagaimanapun, Ammar mengakui dia kini sudah mendapat pengganti dan mula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model bernama Shella.

"Benar saya sudah pun mempunyai kekasih baru selepas hubungan saya dan Sarah putus. Hubungan kami masih lagi baru.

"Saya juga akan memulakan kerja-kerja 'modelling' untuk pakaian dalam jenama Renoma tidak lama lagi," katanya yang mahu membuka buku baru dalam bab percintaan.

Terdahulu, beberapa usaha telah dilakukan media untuk mendapatkan penjelasan Puteri Sarah dan Syamsul mengenai pendedahan Ammar itu namun semuanya gagal.

Manakala bapanya Yusof Haslam enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mengulas perkara itu,” kata Yusof ringkas.

No comments: