19 April 2013

PERNIKAHAN BEEGO - PERDANA MENTERI INDIVIDU PERTAMA DI UNDANG


Perkahwinan antara pelakon Beego, 33, dan artis Linda Hashim yang akan berlangsung pada bulan Jun depan pastinya akan lebih meriah dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana, Beego telahpun menyerahkan kad pertama kepada Perdana Menteri itu ketika beliau hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya kelmarin.




"Perdana Menteri menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir.

"Kebetulan kad jemputan itu baru siap dan semasa hadir ke majlis itu saya mengambil peluang itu untuk menjemput beliau ke majlis perkahwinan saya nanti.



"Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya," katanya dihubungi oleh media.

Untuk info, Beego dan Linda akan bernikah pada 6 Jun depan selepas mereka bertunang pada 3 November 2012. Untuk majlis resepsi pula, ia akan diadakan di ibu negara dua hari selepas pernikahan itu.

Meskipun Beego merupakan seorang duda selepas hanya bernikah selama 10 hari dengan Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007, namun beliau tetap pasrah dengan apa yang berlaku.

Malah katanya, dia telah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda dan berharap perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat mereka.



"Tiada apa yang saya harapkan selain ia kekal dan sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga," ujarnya.

Malah kini beliau agak sibuk membuat persiapan perkahwinannya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum majlis berlangsung.

"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dirisaukan," jelasnya.

No comments: