19 April 2013

ALBUM BARU - TAK BERHUJUNG PAGI, TERBARU DARIPADA SOFAZR


SOFAZR sekali lagi tampil menyerikan industri muzik tanah air bagi tahun 2013 apabila muncul dengan single terbaru.

Perjalanan karier seni SOFAZR yang bermula di sekitar tahun 2004 dengan perlancaran album sulung mereka yang berjudul “Cintai Aku” berjaya menambat hati segenap peminat muzik tanah air.



Ternyata sejak itu SOFAZR terdorong untuk terus bergiat aktif menghasilkan karya-karya yang hebat dan berkualiti. Ini terbukti dengan penerbitan beberapa album popular seperti “Janjiku” (2006), “Kepantasanku” (2008),” The Best of SOFAZR” (2009), “Dan Bila Esok” (2009), serta “Maaf Dari Hati” (2010).

Hit single mereka seperti “Janjiku”, “Salahku”, “Bukan Di Sini”, “Maaf Dari Hati” “Dan Bila Esok” dan “Pencinta Terbaik” berjaya menambat hati ramai peminat dan semuanya masih lagi kedengaran di corong-corong radio sehingga kini.

Tahun 2013 merupakan azam baru bagi SOFAZR apabila sekali lagi muncul dengan single terbaru berjudul “Tak Berhujung Pagi”. “Tak Berhujung Pagi” merupakan single kedua selepas single pertama mereka “Pencinta Terbaik” yang dipetik dari album “SATU DEKAD” yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

SOFAZR turut memberikan sepenuh kepercayaan kepada KRU Muzik, syarikat rakaman gergasi tanah air untuk merancang strategi permasaran dan promosi mereka.

“Tak Berhujung Pagi” merupakan sebuah single berkonsepkan pop komersil. Single ini mengekspresikan tentang seseorang yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan akibat kehilangan cinta tetapi tidak akan berputus asa dan berharap agar ianya kembali semula satu hari nanti.

“Kami berasa amat puas hati berada di bawah syarikat rakaman KRU Muzik dan yakin single ini akan berjaya di terima ramai.”, kata Zimi SOFAZR.

Untuk mendengar lagu “Tak Berhujung Pagi” layari http://www.youtube.com/watch?v=0TCjKWAFfzc dan ia juga boleh didapati di iTunes https://itunes.apple.com/my/album/sofarz-single/id627868617.

No comments: