10 April 2013

TUNANG ISTERI ORANG - FIZZ FAIRUZ UPAH 'BODYGUARD'


Gara-gara kontroversi pertunangannya dengan isteri orang pada 10 Februari lalu, pelakon Fizz Fairuz, 34, akhirnya terpaksa mengupah kira-kira empat bodyguard untuk keselamatannya.

Mungkin agaknya Fizz sudah berfikir panjang kerana maklumlah 'malang tidak berbau' tambah-tambah apabila beliau kerap menghadiri acara hiburan di sana-sini.




Bagaimanapun, secara berlapik, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, membeli alasan bahawa tujuan mengupah bodyguard adalah untuk melancarkan pergerakan semata-mata. Tambahan pula apabila beliau dikerumuni peminat ketika ingin mengejar masa untuk ke lokasi lain.

"Saya rasa lebih teratur pergerakan diri ini apabila mempunyai pengawal peribadi terutamanya ketika berada di majlis-majlis hiburan.

"Bagaimanapun saya tidak membawa mereka selalu, cuma ikut tempat yang bersesuaian sahaja.



"Tetapi, apabila di luar waktu kerja-kerja seni, mereka ini menjadi teman lepak pula," ujarnya.

Tambah Fizz, semua yang dilakukannya itu tiada kena mengena dengan pertunanganya dengan Azlyn Maissiela Mohd Nazar dalam satu majlis rahsia di Kuantan, Pahang

Mengenai Almy Nadia, katanya dia dan Almy masih lagi kawan dan mereka sering keluar bersama. Namun beliau meminta diberi ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapannya dahulu.

"Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya," katanya.

No comments: