02 May 2013

HAMIL 4 BULAN - NURUL MENGIDAM ANAK LELAKI


Meskipun pernah mengandung 15 tahun lalu, namun pengalaman mengandung kali ini ibarat 'hamil kali pertama' bagi penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 36. Malah dia juga amat teruja dengan kandungannya yang kini berusia empat bulan dan berdoa agar dipermudahkan oleh Allah.

"Bayangkan anak sulung saya sudah berusia 15 tahun dan kini mengandung buat kali kedua. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja," kata Nurul pada media.

Klik untuk imej besar...



Untuk info, kehamilan Nurul kali ini adalah hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp, 48, seorang perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun tahun lalu.

Sebelum ini, Nurul mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkongsian hidup dengan Ajai.



"Kali ini saya mahu anak lelaki pula. Suami pula tidak kisah akan jantina anak itu nanti dan sibuk membuat persiapan anak pertamanya dan Ayu tidak sabar untuk bertemu dengan adik.

"Mula-mula memang sentiasa rasa penat tetapi sekarang sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa," katanya.

No comments: