06 May 2013
SAYA BUKAN 'PUTIH SUNTIK' - ADIRA
Disebabkan kulitnya yang semakin putih berbanding dahulu, ramai yang mempersoalkan perkara tersebut dan mendakwa Adira mungkin menggunakan teknik suntikan atau memakan sebarang pil untuk mendapatkan kulit putih melepak dan gebu.
Bagaimanapun, bila diajukan soalan tersebut, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, menafikannya. Dakwa penyanyi itu, kulitnya putih mungkin secara semulajadi meskipun tidak menafikan ada mengguna sejenis krim penjagaan kulit.
"Saya memang dilahirkan dengan kulit yang putih dan ingin ditekankan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang teknik suntikan atau memakan pil untuk mendapatkan kulit putih dan gebu," ujarnya.
"Dulu nampak gelap sikit mungkin sebab cuaca di Ranau panas dan apabila ke Kuala Lumpur ia tidak seteruk di sana tambahan pula apabila menjadi artis saya lebih bijak menjaga penampilan diri.
"Benar saya gunakan krim tetapi ia krim biasa sahaja dan saya yakin orang lain juga ada menggunakannya. Saya tidak lihat ada apa-apa isu sekiranya saya ingin menggunakan krim tersebut bagi menjaga kesihatan kulit saya," tambahnya lagi.
Menurut penyanyi itu, dia bukanlah seorang yang obses dalam segi kecantikan namun sebagai selebriti dia perlu juga memastikan penampilan terbaik.
Bila ditanya apakah beliau tidak tersinggung dengan sindiran segelintir pihak mengenai isu tersebut... jawabnya tidak, kerana ia adalah lumrah dunia hiburan.
"Teguran itu bagus tetapi jangan sampai ia mengguris perasaan orang lain. Saya tidak marah apabila ditegur tetapi kebanyakkannya terus mengutuk saya tanpa mengetahui perkara sebenar," tegasnya.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
No comments:
Post a Comment