02 July 2013

AUTUMN DIHATIKU - GABUNGAN PELAKON KOREA, MALAYSIA


Mungkin anda pernah menonton drama bersiri Korea yang berjudul 'Autumn In my Heart'. Namun drama bersiri tempatan yang turut menampilkan pelakon Korea berjudul 'Autumn DiHatiku' bukanlah mahu meniru drama tersebut, tetapi ia sekadar secara kebetulan sahaja.

Demikian dinyatakan oleh pihak portal video Tonton yang menerbitkan drama gabungan pelakon Malaysia dan Korea itu. Tambah penerbitnya, drama tersebut merupakan gabungan pertama Korea dan Malaysia di negara ini yang pastinya mempunyai kelainan.

Klik untuk imej besar...



Antara pelakon yang menjayakan drama Autumn DiHatiku itu ialah Kim Jin Sung (Korea), Haneez Suraya, Aiman Hakim, Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan. Ia bakal ditayangkan di portal Tonton mulai esok (3 Julai 2013) bermula jam 12 tengahari.

Untuk info, drama tersebut mengisahkantentang Nina (Haneez Suraya) yang bekarja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Nina hidup dalam dunia K-Popnya yang tersendiri seperti tampil dengan gaya aktres Korea lengkap bersolek termasuk fesyen rambut terkini. Dia juga mahu mempelajari bahasa Korea.

Bersama sahabat karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah), Nina menjadi tak keruan apabila seorang pelanggan Park Au Tum atau lebih dikenali sebagai 'Autumn' (Kim Jin Sung) hadir di kedai Keknya. Kehadiran Park telah mengubah segalanya apabila Nina jatuh hati dengan pemuda Korea itu.

Apakah yang berlaku seterusnya? Jawapannya hanya apabila anda menonton drama bersiri ini yang telah dilancarkan semalam di Mutiara Damansara.



























No comments: