02 July 2013

HANEEZ SURAYA NAFI DIGODA VIP


Haneez Suraya menafikan orang ketiga menjadi punca hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael terkubur di tengah jalan. Dakwa pelakon itu, cinta mereka yang putus pada 22 Jun 2013 itu hanya disebabkan komitmen masing-masing dalam dunia seni.

"Bagaimanapun, hubungan saya dengan keluarganya masih baik dan kami sering berjumpa atau berhubungan antara satu sama lain. Rasanya tidak wujud masalah orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan kami," ujar Haneez ketika ditemui di Mutiara Damansara semalam.

Klik untuk imej besar...


Namun begitu, Hanez mengakui yang dia masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya itu biarpun hampir sebulan mereka berpisah. Apa yang dilakukannya kini ialah memulihkan kembali semangat selain berusaha untuk menyesuaikan hidup sendirian tanpa 'kekasih'.

Menjawab soalan lain, Haneez menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang cuba dipikat oleh golongan VIP atau Datuk adalah tidak benar sama sekali. Malah dia juga tidak pernah mahu memikat mana-mana golongan tersebut selain menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang lakonan sahaja.

"Tak betul... mana ada orang yang cuba nak pikat saya atau cuba nak cuba try saya ke, memang takda! Tapi kalau di luar pengetahuan saya... itu tak tahulah. Kalau ada pun yang rapat mereka hanya kawan-kawan yang faham pekerjaan saya dalam bidang lakonan ni," jelasnya bersungguh.









No comments: