03 July 2013

SAH DIANA & FARID KAMIL DAPAT ANAK LELAKI


Tahniah diucapkan buat pelakon Farid Kamil kerana isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, yang selamat bersalin di Australia semalam (kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia). Mereka mendapat anak lelaki yang sihat dan lahir lebih awal meskipun jadual bersalin Diana sepatutnya pada 15 Julai depan.

“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” kata penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) semalam.

Gambar bayi Farid & Diana - klik untuk imej besar...



“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” tambah David.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 32, beberapa jam sebelum ini telah memuat naik gambar bayinya itu di laman sosial Instagram miliknya. Tulis Farid "aridkamilz Welcome to the World my son #baby #papito #9.7pounds"



Maka melalui Instagram Farid itu jelaslah yang bayi mereka beratnya 9.7 paun (4.3 kilogram).

Untuk makluman, Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo by the Lake Kuala Lumpur. Buat masa ini, Diana menetap sementara di Sydney, Australia bagi melanjutkan pelajarannya.

No comments: