05 July 2013

RAMPAS SHARNAAZ - ELFAEZA UL HAQ NAFI BERCINTA


"Itu hanya gosip semata-mata, malah kami tidak pernah bercinta," demikian dakwa pelakon dari Singapura Elfaeza Ul Huq, 28, mengenai gosip kononnya dia bercinta dan sekaligus merampas Sharnaaz Ahmad daripada Shila Amzah.

Klik untuk imej besar...



"Saya terkejut apabila mendapat tahu mengenai gosip tersebut dan menyifatkan cakap-cakap itu timbul mungkin kerana kemesraan saya di set penggambaran drama Mukhlis terbitan Saphire Screen baru-baru ini.

"Mana ada kami bercinta. Tapi kalau bercinta dalam drama Mukhlis memang betul," tambahnya dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Hotel Park Royal, Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.

Untuk info, Drama Mukhlis arahan Faizal Loy akan disiarkan pada sambutan Aidilfitri nanti di RTM.

No comments: