08 July 2013

NURUL WAHAB BAKAL DAPAT ANAK LELAKI


"Saya baru diberitahu bayi dalam kandungan adalah bayi lelaki dan Alhamdulillah saya gembira sangat.

"Saya memang mengharapkan untuk mendapat bayi lelaki sebagai pelengkap keluarga kami," kata penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab (Nurul wahab), 36, yang dijangka bersalin Oktober depan.




Nurul, yang mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp, 48, sebelum ini mempunyai anak bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan terdahulu bersama Ajai.

Kata Nurul, anak pertamanya itu sangat gembira bakal mendapat adik dan dia banyak menjaga Nurul di rumah.

Tambah penyanyi itu, dia akan terbang untuk bercuti ke rumah mertuanya di Perancis hari ini selama sebulan dan sekaligus menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.

"Saya sengaja bercuti dan kesempatan itu juga saya ambil untuk belajar bahasa Perancis dan mempraktikkan di sana.

"Kalau di Malaysia sudah beberapa kali saya ambil kelas tetapi tidak dipraktikkan hingga terlupa," ujarnya dipetik sebagai berkata.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...