09 July 2013

SAYA BUKAN QUEEN CONTROL - ROZITA CHE WAN


"Semuanya mengarut dan tidak berasas," demikian luah Rozita Che Wan mengenai dakwaan yang beliau mengongkong kekasihnya Zain Saidin, 29, atau lebih tepat lagi 'queen control'.

Untuk info, cerita itu timbul berikutan ada dakwaan yang mengatakan Rozita sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika Zain berada di lokasi penggambaran. Aikk... takut Zain dikebas orang ke Rozita?




"Saya tidak pernah mencampuradukkan soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta. Malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.

"Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja," ujar Rozita sebagai berkata.

Klik untuk imej besar...


Tambah ibu tunggal itu, dia tidak tahu bagaimana gosip tersebut boleh tersebar luas sekaligus memburukkan hubungannya dengan Zain.

"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," ujarnya.

No comments: