31 July 2013

SEKITAR MAJLIS BUKA PUASA KRU MUSIC


Suasana meriah majlis buka puasa anjuran KRU Music yang berlangsung di Hotel Peninsula All Suites & Residences Damansara, Selangor, semalam. Antara artis yang hadir ialah Mawi, Elly Mazlein, AC Mizal, Shuib Sepahtu, Illa Sabry, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Selain berbuka puasa, dalam majlis itu mereka turut melancarkan dua buah album iaitu Kompilasi Raya 'Oh My Raya!' dan 'Hijab Di Ufuk Barat' yang bakal dijual mulai 5 Ogos ini. Untuk info, album Oh My Raya membariskan sejumlah 15 lagu-lagu raya kombinasi artis baru dan lama terdiri daripada 10 buah lagu lama dan 2 buah lagu baru.




Sementara itu, KRU turut menerbit dua buah video klip istimewa daripada album tersebut iaitu 'Erti Aidilfitri' dan '10 Jari Aidilfitri'. Malah video tersebut kini boleh dilayari di Youtube untuk tontonan seisi keluarga.























No comments: