02 August 2013

CINTA - ZIZAN RAJA LAWAK 'ANGAU SENDIRI'


Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi!

Demikianlah halnya dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak, 29, yang menaruh hati pada seorang wanita namun masih segan untuk meluahkan isi hatinya.  




Bagaimanapun, Zizan enggan mendedahkan siapakah wanita yang berjaya menawan hatinya itu dengan alasan dia masih belum bersedia.

"Itulah, sehingga sekarang wanita itu tidak tahu perasaan cinta saya kepadanya. Saya tidak bersedia lagi, tetapi saya tetap akan beritahunya kelak," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, gosip sebenarnya telah berlegar sejak April lalu apabila Zizan mendedahkan dia menyukai seorang wanita yang bukan daripada kalangan selebriti. Meskipun ramai yang syak ia kemungkinan Emma Maembong atau Kaka Azraf, namun Zizan menafikannya.

"Saya tidak menyesal pun mendedahkan hal tersebut walaupun orang membuat pelbagai spekulasi siapakah wanita yang dimaksudkan itu.

"Apa yang saya nyatakan sekadar berkongsi sedikit hal peribadi kepada umum, bukannya cerita lebih mendalam pun. Bagi saya persoalan timbul kerana orang sayangkan saya dan mereka mahu tahu lebih tentang diri saya," ujarnya yang tidak menyesal memendam perasaan seorang diri.

No comments: