15 August 2013

KRITIKAN TAK HALANG FIDA IBRAHIM SERTAI AF10


Meskipun teruk dikritik, namun pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida, 27, tetap akan menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF10). Malah katanya, penyertaannya itu bukan suka-suka, tetapi ia satu proses pembelajaran untuk mendalami ilmu muzik dan nyanyian.

"Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran.




"Kata-kata negatif daripada sesetengah pihak tentang keputusan itu tidak pernah melemahkan semangat saya," ujarnya pada media.

Untuk info, Nama Fida antara peserta yang diumumkan dalam senarai pendek program AF10 yang bakal bermula tidak lama lagi.

"Saya tidak fikir apa-apa selain ingin melakukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa juga komen orang saya anggap itu sebagai pemangkin semangat sekiranya terpilih nanti," tambahnya.

No comments: