16 August 2013

AMENG SPRING RINDU BERAYA DI LUAR PENJARA


Bukan mudah menjadi penghuni penjara, tubuh terkurung, jiwa terseksa dan batin terpendam disebabkan hukuman yang harus dijalani. Namun itu semua tak siapa yang tahu, hanya mereka yang menjadi penghuni sahaja yang merasa kesedihannya.

Demikianlah apa yang ditanggung oleh penyanyi Ameng (Spring), atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 45, yang terpaksa beraya di dalam tembok besi. Bukan sekali, tetapi sudah dua kali beliau tidak merasa kemeriahan syawal bersama keluarga dan sahabat handai.




"Segalanya berbeza, di luar sana saya pernah hidup sebebas-bebasnya, namun di sebalik tirai besi ini perjalanan hidup seratus peratus berubah, namun saya memperoleh banyak pengajaran dan hidayah.

"Alhamdulillahlah pada hari perayaan kami diberi ruang untuk menerima kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakan selain dihidangkan dengan makanan yang agak istimewa berbanding hari-hari lain.

"Anak dan isteri juga ada datang melawat, sokongan moral sebegini menguatkan lagi iltizam saya untuk terus berubah dan menghadapi pelbagai cabaran di sini", ujar Ameng ketika menerima kunjungan Persatuan Karyawan Malaysia di Penjara Kluang baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ameng menasihatkan golongan artis agar tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Katanya dadah tidak memberi sebarang faedah kepada artis tetapi sebaliknya hanya akan merosakkan hidup mereka dikemudian hari.

"Kedua-duanya adalah entiti berbeza, ramai beranggapan dengan dadah kita akan mendapat tenaga yang lebih ketika berkarya walhal majoriti golongan seni yang berjaya dan hebat adalah kerana personaliti yang tiada kena mengena dengan najis dadah.

Kenangan Ameng bersama isteri dan anaknya...


"Lihat saja (Datuk) Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah, mereka tetap hebat dan mantap tanpa dadah," katanya yang kini ditahan di Penjara Kluang, Johor.

Untuk info, Ameng kini sedang menjalani hukuman penjara 8 tahun 10 bulan, serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, kemungkinan hukuman sebatan Ameng masih belum dilaksanakan kerana ia kebiasaannya dilaksanakan ketika tempoh hukuman semakin pendek. Sebatan selalunya akan menyebabkan punggung seseorang banduan itu koyak dan berdarah hingga mempunyai kesan parut seumur hidup.

IMEJ SEBATAN SEBENAR PENJARA MALAYSIA...
Nota: Sumber gambar adalah daripada hukuman rotan sebenar banduan
Penjara Seremban yang diambil dari YouTube.
















.


No comments: