09 September 2013

AARON AZIZ DILANTIK DUTA LAWATAN KE HONG KONG


Gambar Aaron Aziz yang dilantik sebagai duta lawatan ke Hong Kong oleh Hong Kong Tourism Board. Malah sebelum ini, Aaron juga telah mewakili Malaysia untuk acara Visa Go To Hong Kong Super Shopper 2013 yang diadakan di sana pada Julai lalu.

"Saya ingin mengajak peminat bercuti bersama saya di Hong Kong pada bulan Disember ini. Hong Kong adalah tempat melancong unik yang turut menyediakan pelbagai masakan halal disamping mempunyai beberapa masjid untuk beribadah.




"Selain itu, kita juga boleh melawat tempat-tempat menarik seperti Disneyland Hong Kong, membeli belah dan sebagainya," ujar Aaron yang mengakui sudah mencuba masakan muslim dan pengangkutan awam yang disediakan di Hong Kong.

Untuk info, Lawatan ke Hong Kong adalah salah satu kempen pihak Lembaga Pelancongan Hong Kong bagi meningkatkan jumlah pelancong terutamanya pelancong Islam dari negara ini. Mereka juga turut menyertai Matta Fair di PWTC pada Sabtu dan Ahad lalu sebagai langkah menarik minat rakyat Malaysia ke Hong Kong.


GAMBAR-GAMBAR MAJLIS YANG DIADAKAN 
DI SERI PACIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR:













No comments: