09 September 2013

ISU SKANDAL - ADI PUTRA TERTEKAN


"Saya turut tertekan dengan masalah dan kontroversi yang menghimpit ini kerana saya juga manusia biasa serta tidak sempurna. Saya bukan melarikan diri, namun memilih berdiam bagi memberikan peluang kepada polis yang menjalankan siasatan kes itu.

"Saya juga tidak akan membuka aib orang dan disebabkan itu saya rasa belum tiba masanya untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya menghormati undang-undang," begitulah kata Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang.




Adi Putra sebelum ini hanya berdiam diri dan tidak menjawab panggilan telefon daripada media. Namun setelah hampir seminggu, dia akhirnya memberi kenyataan kepada wartawan yang dia sedikit sebanyak tertekan dengan kontroversi tersebut.

"Sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya.

"Dalam hal ini, saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan sudah ke sebuah balai polis ditetapkan untuk memberi keterangan. Biar polis yang menjalankan siasatan dan selepas selesai siasatan itu, barulah saya membuka mulut bagi menjelaskan perkara ini," tambahnya.



Untuk info, pihak polis kini masih menunggu laporan hasil siasatan terhadap telefon bimbit milik Adi Putra dan wanita yang dikaitkan dengannya itu. Oleh itu, siapa salah dan siapa benar hanya akan dapat diketahui selepas hasil siatan tersebut selesai.

No comments: