13 September 2013

FOUZIAH GOUS NIKAH 21 SEPTEMBER 2013


Teka teki terjawab jua apabila Fouziah Gous hari ini mengumumkan dia dan tunangnya Zhafran Dato` Yusof, 30, akan bernikah pada Sabtu, 21 September 2013. Ia diumumkan dalam satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan serta persandingannya petang tadi.

"Majlis akad nikah akan diadakan di Dewan Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Bukit Jelutong pada sebelah malam selepas Isyak. Majlis akad nikah itu juga akan diserikan dengan tema Pakistan dan warna putih.




"Majlis resepsi sebelah perempuan pula akan diadakan pada malam Ahad, 29 September di Marriot, Putrajaya manakala bagi pihak lelaki pula akan diadakan di kediaman Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober ini," ujarnya.

Untuk makluman, Fouziah dan Zhafran melangsungkan pertunangan pada 1 Jun lalu di Bora Asmara, Kuala Lumpur selepas berkenalan beberapa bulan sahaja. Mungkin itu yang dikatakan jodoh!

No comments: