13 September 2013

6 GAMBAR - BLACK MENTOR NIKAH SEKALI LAFAZ


Akhirnya penyanyi Black Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Mentor selamat menikahi Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28, dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebelum sembahyang Jumaat hari ini.

Untuk info, akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohd Khairi Abu Hassan, 55. Selain itu, ia turut disaksikan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor iaitu Mohammad Syukri Yaacob.




Dalam majlis tersebut, Black telah memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM12,000 disamping tujuh dulang hantaran berupa minyak wangi, cincin, telekung, set kosmetik, iPad mini dan sepersalinan baju. Manakala pihak perempuan pula membalas sembilan dulang hantaran.

Difahamkan, majlis resepsi persandingan mereka berdua akan diadakan pada malam ini di Dewan Komuniti Bangsar, sementara hari Ahad pula di Padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.











No comments: