13 September 2013

MUHAMMAD - NAMA ANAK FARID KAMIL & DIANA DANIELLE


"Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu," demikian ujar Diana Danielle mengenai persoalan nama anaknya. Meskipun pendek, namun ia adalah nama Nabi.

Ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan ibunya sendiri yang didakwa bermasalah, Diana enggan memberikan sebarang komen mengenainya.




"Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima kasih," ujarnya pada media ketika Malam Gala Filem Dampak.

Selain itu, Diana yang masih lagi berpantang mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon kerana kondisinya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad.




No comments: