24 September 2013

JIMMY SHANLEY NAFI NIKAH JANDA


"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," demikian kata Jimmy Shanley, 33, mengulas mengenai spekulasi yang dia hangat bercinta.

Malah khabar angin juga tersebar luas yang dia kini kononnya sudah berkahwin dengan seorang janda.




"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.

"Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar," ujarnya.

Untuk ingatan semula, Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, Selangor. Bagaimanapun, mereka akhirnya hidup berpisah pada 21 Oktober 2010 iaitu hanya 20 hari selepas bernikah dan kemudian bercerai pada 10 Oktober 2012.

Hasil perkahwinan singkat itu, mereka telah dikurniakan seorang anak bernama Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.

No comments: