06 September 2013

'LEMAK KAMPUNG SANTAN' DI TONTON PREMIUM


Istimewa untuk anda! Filem gandingan Hans Isaac bersama 'kekasihnya' Neelofa berjudul 'Lemak Kampung Santan' akan ditayangkan secara ekslusif mulai Isnin, 9 September 2013.

Nah inilah masanya untuk anda menonton filem yang menjadi kontroversi baru-baru ini di mana Hans dikatakan merajuk akibat 'ditikam dari belakang'. Ia kini boleh disaksikan secara ‘online’ di saluran Tonton Premium iaitu di www.tonton.com.my. Pastinya, ia lebih murah daripada Astro First. Heh.




Untuk makluman, Lemak Kampung Santan menampilkan beberapa pelakon lain iaitu Khir Rahman, Natasha Hudson, Harun Salim Bachik, Awie, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan Ashraff Fahmy. Filem arahan Hans ini menelan modal sebanyak RM1.7 juta, tetapi malangnya ia sekadar mengutip pulangan RM120,000 di pawagam.

Pasti ramai yang tertanya-tanya di mana silapnya hingga Filem yang mengguna-pakai teknik CG (Computer Generated) ini gagal memikat penonton? Mungkinkah kerana publisiti yang kurang atau persaingan filem-filem lain yang turut membanjiri pawagam?

Sedikit intro mengenai Lemak Kampung Santan, filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung, Tiqa (Neelofa). Pertemuan pertama mereka berlaku secara tidak sengaja di Kampung Santan.

Ridzuan yang merupakan ketua projek pembinaan bakal membangunkan sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah. Namun, sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan perit ini demi menjaga hati Tiqa serta penduduk lain disebabkan perasaan cinta yang mulai mekar di dalam dirinya terhadap Tiqa.

Dalam masa yang sama, Tiqa tidak mengetahui akan kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan yang turut terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan. Tiqa bersama ayahnya, Pak Wan (Harun Salim Bachik), Abu (Awie) dan penduduk lain menentang projek tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Adakah Ridzuan menyembunyikan sesuatu daripada Tiqa? Atau Tiqa turut menyembunyikan rahsia Kampung Santan daripada Ridzuan? Jawapannya hanya setelah anda menonton filem yang menjadi buah mulut ramai ini.

No comments: