27 September 2013

ZAIN SAIDIN NAFI BERTUNANG DALAM SENYAP


Tidak bertunang!

Demikian ditegaskan oleh pelakon Zain Saidin mengenai dakwaan yang dia telahpun mengikat tali pertunangan dengan Rozita Che Wan secara senyap kelmarin.

"Berita dan gosip tersebut adalah mengarut.



"Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang?

"Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan," katanya kepada media semalam.

"Memang tidak menafikan kami berhasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan, namun ia masih lagi belum diputuskan memandangkan saya sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 hingga bulan November depan.

"Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami," ujarnya yang berharap tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita.

Untuk makluman, sebelum ini Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk berkahwin pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor.

No comments: