27 September 2013

ISTERI AMY SEARCH HAMIL LAGI?


Diam-diam berisi!

Itulah berita terkini mengenai Amy Search yang melalui instagramnya telah berdoa memohon seorang lagi puteri. Adakah ia bermakna yang isterinya kini sudah mengandung anak baru?

"Ya Allah...aku mohon di kurniakan seorang lagi putri kayangan," demikian doa Amy penuh makna tersirat.




Selain itu, dia turut memuat naik sekeping gambar patung yang menggayakan baju mengandung.

Untuk info, hasil perkahwinan keempat Amy dengan Norish (Norhaniza Hassan), 32, mereka telah dikurniakan tiga anak iaitu Alexander Zulkarnain, 9, Sania Samara, 8, dan Qaqa At-Tameemi, 4.

Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Amy turut mempunyai dua anak iaitu Irisha Myra dan Nabila Huda sendiri.

Gambar yang dimuat naik oleh Amy...


No comments: