11 October 2013

5 GAMBAR - WAJAH BABY Z, SELEPAS 7 HARI


Selepas tujuh hari bersalin, kini barulah Nurul Wahab memperlihatkan wajah anaknya yang diberi gelaran Baby Z. Pelbagai suka-duka yang dilalui oleh Nurul dicatat dalam blognya sebagai memori terindah yang amat berharga bagi seorang ibu.

"Alhamdulillah. Dia baby yang sangat baik – so far. Jaga malam hanya 2 atau 3 kali. Baby Z fully breast feeding. Jadi, dia selalulah melekap je dengan aku. But I like it! Dapat aku tatap dan belek wajahnya berkali-kali setiap hari! Tak sangka, ada baby lagi. Aku sering panjatkan kesyukuran buat Yang Maha Esa. Dia berikan lagi untuk aku satu kebahagiaan yang tidak ternilai. Syukur Alhamdulillah!" demikian catat Nurul melalui Wordpress.

Klik untuk imej besar...



"Wajahnya – apa yang dapat aku katakan sepanjang 7 hari ni – hari ini dah banyak muka Eric. Gabungan kami ada juga terutamanya di bahagian kulitnya. Warna matanya aku pasti seakan bapanya. Tapi belum tentu itu warna matanya sehingga dewasa. Bila berusia 6 bulan nanti baru tahu.

"Alhamdulillah segalanya sempurna. Eric, ayah kali pertama yang sangat happy dengan kelahiran Baby Z. Dia langsung tidak mengeluh apabila Baby Z menangis atau dia perlu menjaganya apabila aku sedang diurut atau sedang melakukan sesuatu. Eric – suami 5 bintang! Alhamdulillah.. dia masak kan aku, dan buat semuanya untuk aku! Thank you my love," tambah Nurul penuh semangat.










Photo: Nurul Wahab.


No comments: