11 October 2013

GOSIP CURANG - FAUZI NAWAWI RASA MALU


Pelakon Fauzi Nawawi, 40, meminta agar pihak yang menyebarkan pelbagai gosip termasuk isu curang dengan isterinya agar menyelidikinya dahulu. Katanya, janganlah main tuduh sahaja hingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang suami.

Sehubungan itu juga, Fauzi mengingatkan mereka agar membuat cerita yang benar-benar sahih, jangan sampai dia mengambil tindakan pula nanti.

Fauzi rasa malu pada isteri - klik untuk imej besar...



Amaran itu timbul berikutan timbulnya isu kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni.

"Saya amat terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengan saya termasuklah berlaku curang dengan isteri.

Saat Noni masih bersama Fauzi & Lisda...


"Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.

"Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya.

Noni baru2 ini telah menyambut hari lahir teman lelakinya...


"Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya dipetik sebagai berkata.

Dalam isu itu, malah Noni turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Fauzi hanya atas dasar kerja semata-mata. Selain itu, dia juga pernah menjadi anak didik kepada pelakon itu yang banyak membimbingnya mengenai dunia seni hiburan tempatan.

"Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk.

"Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan," tegas Fauzi pada media.

No comments: