15 October 2013

5 PHOTO - FASHA TAK LAGI KEJAR POPULARITI


"Saya sudah berada di fasa lain. Kerjaya jatuh nombor dua dan tidak kisah pun sekiranya publisiti dan populariti yang diraih tidak seperti dulu," akui Fasha Sandha mengenai kemungkinan popularitinya sudah berkurang berbanding dahulu.

Malah sejak mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, Fasha mengaku sudah tidak kisah dengan populariti sebagai selebriti. Ini kerana, dia kini meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidupnya.




"Sebab itu kalau ada media meminta saya untuk mengadakan sesi fotografi, saya akan pilih mengikut kesesuaian. Bagaimanapun Alhamdulillah, pihak produksi masih lagi sudi menawarkan saya berlakon sehingga sekarang.

"Kena ingat, macam mana popular atau panas dengan kontroversi sekalipun seseorang artis itu, tanpa disiplin mereka tidak akan kemana. Memang sekarang ini ramai pelakon tetapi nak cari yang berdisiplin tak ramai," ujar Fasha kepada media.

Putra Rayqal , kini adalah keutamaan Fasha...


"Walaupun suami tidak memberi sebarang syarat-syarat untuk saya berlakon, tetapi sebagai isteri dan ibu, saya perlulah jaga batas-batas yang sepatutnya.

"Malah saya tak perlu menjelaskan perkara-perkara yang saya enggan lakukan kepada pengarah kerana mereka juga pasti faham dengan status saya sekarang ini. Yang penting kualiti kerja yang dibawakan dalam lakonan," tambahnya.







No comments: