18 October 2013

BLACK NAFI 'RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI'


Penyanyi Black Hanafiah menyangkal tuduhan bahawa dia masih berhutang selepas majlis perkahwinannya 13 September lalu. Malah dakwaan yang menyatakan dia menjadi mangsa orang tengah apabila individu itu enggan melunaskan bayaran perkahwinan juga disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

"Saya tidak pernah berurusan dengan mana-mana orang tengah," jelas Black.




Untuk info, isu timbul apabila ada yang mendakwa Black menggunakan orang tengah untuk urusan menyewa busana perkahwinannya dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi sehingga timbul isu bayaran belum dijelaskan.

Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, dia tidak pernah menggunakan mana-mana orang perantaraan untuk urusan perkahwinannya termasuk soal menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen.



"Saya sendiri tidak mengetahui mengenai cerita berkenaan dan ia tidak berkaitan dengan saya," jelasnya dipetik sebagai berkata semalam.

Black yang bernikah dengan Naquia, 28, pada 13 September di Zebra Square, Kampung Pandan berkata, majlis perkahwinannya juga tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak. Hanya pelamin ketika di majlis pernikahan di Zebra Square dan majlis resepsi di Pantai Dalam sahaja yang ditaja.

Oleh yang demikian, dia tidak berhutang dengan mana-mana pihak kerana semua hal melibatkan perkahwinannya telah selesai tanpa sebarang masalah.



"Urusan baju kahwin saya berurusan sendiri dengan pereka fesyen tersebut dan wang sewaan pakaian telah dilunaskan dan isu itu tidak pernah timbul.

"Jika ada apa-apa persoalan berbangkit pihak yang berurusan dengan saya boleh menghubungi saya tetapi daripada pengetahuan saya, semua hal melibatkan majlis tempoh hari telah pun selesai," katanya yang kini terasa 'rindu' merayap waktu malam seperti zaman bujangnya dulu.

No comments: