17 October 2013

SABHI SADDI SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN


Jika tidak dibedah, penyakit akan bertambah serius kerana doktor mendapati beberapa urat saraf pada bahagian bawah tulang belakang Sabhi Saddi bengkak. Kesannya, ia telah menyebabkan penyanyi itu sukar berjalan selain kaki sentiasa berasa panas akibat peredaran darah yang tidak lancar.

Seterusnya, Sabhi Saddi mengambil keputusan untuk dibedah. Pembedahan bahagian tulang belakangnya itu yang diakibatkan cakera gelincir (slip disc) itu akhirnya berjaya dilakukan di Pusat Perubatan Sunway, Petaling jaya pada Isnin lalu.




"Menerusi keputusan imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) yang dilakukan doktor mendapati beberapa urat saraf pada bahagian bawah tulang belakang saya bengkak.

"Doktor terpaksa menjalankan pembedahan bagi mengelakkan keadaan lebih serius dan Alhamdulillah keadaan saya kini beransur pulih," katanya dipetik sebagai berkata.



"Slip disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar.

"Saya sukar untuk bergerak dan terpaksa meniarap akibat kesakitan," tambah penyanyi yang popular melalui lagu 'Nadiku' itu.

Kata penyanyi itu lagi, dia tidak dapat bayangkan jika dia biarkan keadaan itu berlarutan dan bernasib baik bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



"Saya sendiri sudah serik untuk terlalu bergiat aktif dalam bidang sukan dan hanya akan melakukan senaman ringan yang dibenarkan oleh pihak hospital sahaja," katanya kepada media.

Untuk maklumat, Sabhi kini telah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat selama dua minggu dan terpaksa mengenakan pad sokongan pada badannya bagi membetulkan tulang belakangnya yang tercedera.

"Mujur ada isteri yang sentiasa menjaga saya 24 jam sehari dan dia banyak membantu dalam proses pemulihan ini. Alhamdulillah keadaan saya sudah semakin pulih," katanya yang akan menjalani penggambaran sebuah drama bersiri 13 episod untuk siaran TV Al-Hijrah tidak lama lagi.

No comments: