19 October 2013

DIANA AMIR & MOHD HABIBBULLAH NIKAH 25 OKTOBER


"Saya dan tunang akan bernikah pada 25 Oktober ini," demikian pengumuman Diana Amir mengenai tarikh nikahnya.

Diana akan bernikah dengan Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah, pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.




Untuk makluman, majlis pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di pejabat Metrowealth International Group (MIG), dekat Petaling Jaya, semalam.

"Pada majlis pernikahan nanti, saya akan mengikut tata tertib Islam dengan bantuan khidmat nasihat beberapa ustaz. Ia jarang diguna pakai oleh pasangan Melayu dan kerana itu saya mahu tonjolkan konsep Islam sebenar dalam sesebuah acara pernikahan.



"Malah saya juga tidak akan menyediakan sebarang dulang hantaran yang mahu menunjukkan jenama-jenama barangan yang diberi melainkan sebuah kitab Al-Quran, mas kahwin dan cincin," ujarnya kepada media.

Terdahulu, Habibbullah yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, dia bersyukur kerana bakal memperisterikan seorang wanita yang mementingkan keluarga dan penyayang.



"Sebelum ini saya memang mencari wanita yang mementingkan keluarga dan perkara itu jelas dilihat pada Diana.

"Ini kerana selepas dua kali kami bertemu, saya lihat Diana semakin mesra dengan keluarga saya. Malah, walaupun saya berada di Kedah untuk bekerja, Diana cukup selesa melayani keluarga saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mereka yang telah mengikat tali pertunangan pada September 2012 bagaimanapun belum memilih tarikh sesuai untuk mengadakan resepsi bagi kedua-dua belah pihak.

No comments: