21 October 2013

JOHAN AS'ARI BERTUNANG TAHUN INI


"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain," ujar Johan As'ari, 27, mengenai cinta sesama artis yang entah kali keberapa.

Namun kali ini, dia kelihatan sedikit serius dan mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang juga selebriti hiburan tempatan. Bagaimanapun, dia enggan meluahkan perasaan hatinya kepada artis wanita tersebut buat masa ini.




Kalau boleh, kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih. 
Digosip dengan Siti Saleha..


  Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri.

Digosip dengan Nabila Huda  


  Saya bercadang ingin melamarnya dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ia sekadar rancangan sahaja. Namun buat masa ini, kami cukup senang apabila kami saling mempercayai dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa perlu timbul rasa cemburu dihati.

  Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

Pernah digosip bercinta dengan Fasha Sandha satu ketika dulu


  Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya.
Kesimpulannya... siapakah artis wanita yang dimaksudkan oleh Johan? Mungkinkah ia sekadar gimik atau ia juga akan hilang ditelan masa sebagaimana artis-artis wanita yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini?

Jawapannya, kita tunggu sahaja sebelum habis tahun 2013 ini. Heh.

No comments: