21 October 2013

RAHSIA JOE FLIZZOW - SAYA TAK SUKA GOSIP


"Sebelum ini, saya suka makan apa sahaja tidak kira pada waktu tengah malam atau bila-bila masa tanpa sekatan," kata Joe Flizzow yang sudah berdiet sejak sekian lama.

Katanya lagi, kerja sebagai artis tanpa mengira masa boleh menjejaskan kesihatan jika tidak menjaga pemakanan. Oleh yang demikian, pintanya jangan ada yang salah sangka menyangka dia sakit disebabkan sedikit kurus sekarang.




"Saya dah sembuh daripada 'makan apa sahaja'. Saya sedar menjaga kesihatan amat penting bagi seseorang artis itu," tambahnya.

Menjawab soalan lain, menurut Joe rahsianya kekal sebagai artis yang bersih daripada gosip adalah kerana dia tidak suka terbabit dalam sebarang skandal. Menurutnya, untuk popular tak semestinya mempunyai gosip atau kontroversi yang mengarut.



"Sebab saya kekal dalam industri ni sampai sekarang ialah kerana saya tidak pernah digosipkan dengan wanita X, wanita Z atau sebagainya. Saya popular bukan berdasarkan gosip," ujarnya yang bakal muncul dengan album terbaharu tidak lama lagi.

Joe Flizzow berkata demikian ketika ditemui myartis.com di majlis pelancaran perasa coklat terbaharu Cadbury Dairy Milk di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.







No comments: