02 October 2013

GOSIP DENGAN ERRA FAZIRA KELAKAR - AMAR BAHARIN


Tiada hubungan dengan Erra Fazira!

Demikian dakwa Amar Baharin (Bekas finalis program Anak Wayang 2009) yang menganggap gosip cinta dengan Erra sebagai kelakar dan tidak masuk akal. Malah dakwaan yang menyatakan dia sebagai orang ketiga kepada konflik rumah tangga Erra juga tidak benar dan sukar difahami.




"Sungguh pun ia hanya gosip tetapi nama saya tidak layak untuk disebut sebaris dengan pelakon terkenal seperti Erra. Sebagai pendatang baru dalam industri, saya sangat menghormatinya.

"Gosip itu memang tidak benar sama sekali dan saya sendiri tidak tahu siapa yang menyebarkannya. Bukan apa, saya bimbang orang akan ingat saya pula yang reka-reka cerita sebab nak kejar populariti," katanya kepada media.

"Meskipun begitu, tiada masalah untuk saya berlakon bersama Erra dan ia tidak memberi kesan dan perasaan janggal langsung untuk bergandingan dengannya," ujar Amar yang bakal tampil dalam dua buah drama terbaru iaitu Ketika Cinta Merintih dan Mat Kental.

No comments: