01 October 2013

PUTUS CINTA KEKASIH LAMA - HAZAMA NAFI LUPA DIRI


Kehadiran pemuzik Genervie Kam, bukanlah punca Juara Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, Hazama, putus cinta dengan bekas kekasih yang sudah tujuh tahun dikenalinya.

"Kami putus kerana tiada lagi keserasian dan persefahaman, bukan disebabkan kehadiran Genervie," jelasnya pada media.

7 tahun bercinta... akhirnya berpisah
Klik untuk imej besar...




"Malah populariti juga bukanlah punca perpisahan saya dengan gadis berkenaan. Andainya saya lupa daratan kerana hanyut dek populariti, saya tidak perlu tunggu beberapa tahun untuk mengakhiri perhubungan kami.

"Sebaliknya, saya boleh tinggalkan bekas kekasih sebaik saja keluar daripada AF kerana ketika itu nama sedang hangat. Namun, saya tidak berbuat demikian kerana hubungan kami tiada masalah.

“Setelah tujuh tahun berkawan, akhirnya kami berasakan tiada lagi keserasian. Siapa yang tidak sedih apabila hubungan selama itu boleh berakhir dengan perpisahan, apatah lagi saya pernah sasarkan ingin berkahwin pada usia 30 tahun? Tetapi, kami mengakhirinya dengan baik, malah tidak berlaku tegang urat sewaktu keputusan dibuat,” ujar Hazama terus terang.

Bekas kekasih Hazama - tanda X


Ditanya hubungannya dengan pemain biola berkenaan, katanya dia sudah lama kenal, tetapi mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Mungkin berada dalam bidang sama menyebabkan mereka mudah serasi. Tambah Hazama, dia seronok berkawan dengan Genervie kerana biarpun berbangsa Cina, namun sifat kemelayuan cukup menebal dalam dirinya.

“Kami masih dalam fasa mengenal hati budi masing-masing dan setakat ini, perbualan juga belum menjurus ke arah yang lebih serius. Seandainya ditakdirkan dia jodoh saya, saya terima. Bagi saya, perbezaan agama bukan masalah untuk kami rapat, cuma saya tidak akan desak dia untuk memeluk Islam. Biarlah hatinya terbuka dengan sendiri,” kata Hazama.

Kekasih baru - Genervie


Untuk info, penjelasan Hazama itu timbul gara-gara ada segelintir pihak yang menuduhnya lupa diri seolah apa yang berlaku pada salah seorang peserta AF musim ketiga. Namun bak kata orang, ajal maut, jodoh pertemuan, semua takdir Allah. Tak gitu?

Genervie Kam


No comments: