01 October 2013

INFO - JALAN KAKI AMAL 'WORLD HUNGER RELIEF'


Pada 5 Oktober ini pukul 2.00 petang, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut Malaysia akan menganjurkan acara Jalan Kaki Amal sempena World Hunger Relief (WHR).

Program ini yang telah masuk tahun kelapan merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat untuk membantu agensi World Food Program yang dinaungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membasmi kebuluran di seluruh dunia.




Perkarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi dan antara jemputan kehormat ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Untuk info, seawal pukul 1.30 petang, mini karnival dan persembahan artis seperti Najwa Latif, Sleeq, Black Mentor, Anuar Zain, Hafiz AF7 serta penampilan istimewa Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Sazzy Falak, Daphne Iking, Atilia, Dynas dan Aishah Sinclair bakal menghiburkan pengunjung.



Seterusnya, program tersebut akan diakhiri dengan acara kemuncaknya iaitu acara jalan kaki amal sejauh lima kilometer di sekitar Putrajaya.

Jadi pada anda yang prihatin dan tidak ke mana-mana, apa kata kita sertai program amal tersebut demi membantu segelintir penduduk dunia yang 'kelaparan'.

No comments: