30 October 2013

INFO - SHOWBIZ SASAR 6 FILEM TAHUN HADAPAN


Enam buah filem pada tahun 2014 merupakan sasaran Showbiz Productions Sdn Bhd bagi menyemarakkan industri perfileman negara. Showbiz yang merupakan anak syarikat KRU Studios kini bersedia bersaing secara serius bagi menerbitkan filem-filem bermutu.

"Produksi ini ditubuhkan sejak tahun 2011, dan aktif menerbitkan filem-filem yang lebih komersial, berbeza dengan filem-filem berat KRU sedia ada," ujar Ketua Operasi Showbiz, Zarina Abdul Rahman ketika majlis doa selamat dan pelancaran tiga filem baharu iaitu Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikarodi di GSC Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Klik untuk imej besar...



"Fokus kami dalam syarikat Showbiz adalah penerbitan filem bagi pasaran umum dengan nilai kos di bawah RM1.5 juta.

"Dan pada tahun depan kami menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak enam buah filem. Selain itu, filem-filem di bawah produksi kami juga lebih tertumpu kepada kehendak penonton bukan filem-filem berat seperti Merong Mahawangsa atau Vikingdom.

Antara filem yang bakal ditayangkan di pawagam...


"Jika melihat statistik penghasilan filem, ia sangat tinggi tetapi tidak pada pulangannya. Sebab itu kami memainkan konsep berbajet minima tetapi pembikinannya berkualiti tinggi untuk kepuasan penonton," tambahnya pada media.

Untuk info, Hantu Tok Mudim yang dibarisi pelakon Izzue Islam, Soffi Jikan dan AR Badul akan mula ditayangkan pada 21 November ini diikuti Ular, arahan Jason Chong (5 Disember 2013) dan Chikaro arahan Nizam Zakaria (26 Disember 2013)

No comments: