08 October 2013

KERETA JIMMY SHANLEY HANGUS TERBAKAR


Akhirnya kereta model Chevrolet hitam yang dipercayai milik Jimmy Shanley, 33, ditemui dalam keadaan rentung selepas dipercayai dibakar. Kenderaan tersebut ditemui oleh orang awam berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, semalam.

Untuk info, kereta tersebut dilaporkan hilang oleh Jimmy di Simpang Pulai. Hasil siasatan pihak polis, nombor casis kereta yang hangus itu sama dengan nombor casis kenderaan milik Jimmy yang hilang.




“Pihak kami bertindak mengenal pasti nombor casis pada kenderaan tersebut dan melakukan semakan susulan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemiliknya,” kata Superintendan Ng Kong Soon, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.

Bagaimanapun, setakat ini pihak polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kenderaan tersebut.

“Kes tersebut kini diambil alih oleh IPD Ipoh dan Jimmy akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat,” tambahnya pada media.





No comments: