08 October 2013

PERSOALAN AKAN TERJAWAB JUMAAT INI - ARIEL ZAFREL


Jumaat ini bakal menjadi penentu mengenai gosip perkahwinan yang menjadi kontroversi kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

"Saya tidak boleh komen buat masa ini dan akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini bersama Wawa.




"Dan segala persoalan akan dijelaskan pada masa itu, tetapi bukan sekarang. Sidang media dibuat supaya sebarang kenyataan tidak bercanggah," katanya kepada sekumpulan media yang menyerbunya di set penggambaran telefilem Kecoh Kuih Semperit di Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur, beberapa jam tadi.

Semuanya gara-gara gosip yang kononnya Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22, pada 4 Februari lalu secara rahsia hingga mempunyai seorang anak.



Meskipun diserang dengan pelbagai soalan, Aeril yang ditemani pengurusnya, Shahirman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria tetap tenang memberi kerjasama. Malah alasannya menggunakan khidmat peguam adalah untuk mendapatkan nasihat mengenai isu tersebut.

Namun begitu, Shahirman berkata pada sidang media Jumaat nanti, pihaknya akan merakam segala sesi soal jawab untuk dijadikan bahan bukti. Alasannya ialah bagi memudahkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung kontroversi tersebut.

“Kami percaya, isu ini ditimbulkan kerana ada pihak lain sengaja mahu mengenakan kami. Jadi, kami akan rakamkan segala yang akan berlaku pada sidang media itu nanti,” katanya seolah memberi amaran kepada pihak yang dimaksudkannya itu.



Photo: Mstar

No comments: