22 October 2013

KES SKANDAL - ISTERI ADI PUTRA NAFI GUNA PIHAK BERPENGARUH


Isteri Adi Putra, Aida Yusof menafikan suaminya ada menggunakan pihak berpengaruh untuk menggugurkan kes skandal yang didakwa melibatkan suaminya dengan isteri orang.

Menurut Aida yang dihubungi apabila suaminya gagal dihubungi media, dia baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) pada Isnin kerana dia tidak membeli akhbar pada Ahad lalu.




Kata Aida pada media:
Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

Namun, ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan.

Saya tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahui pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.

Saya tahu perkara itu dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan.


No comments: