22 October 2013

AL FATIHAH - NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA


Innalillahu wainnailaihiraji'un.  Pelakon dan penyanyi era 80-han, Noreen Noor telah pulang ke Rahmatullah. Beliau meninggal dunia di hospital Ampang Putri awal pagi ini kerana dikatakan akibat kegagalan buah pinggang.

Berita ini disahkan sendiri oleh rakan Allahyarham iaitu Datuk Sharifah Aini melalui Facebooknya. Difahamkan, jenazah Alllahyarham akan di bawa ke rumah keluarganya di Melaka.




Antara lagu popular Noreen semasa hayatnya ialah Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Untuk makluman, antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Al Fatihah.


Berita ini disiarkan pada jam 8.50AM  / 22 Oktober 2013



No comments: